Selasa, 16 Februari 2016

TERUNG PIPIT

pokok terung pipit
Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul atau terung cheweng adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN.Nama botani terung ini adalah Solanum torvum.
Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. [1] Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.
bunga terung pipit
Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.[2][3] Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut ("gastrointestinal" berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs)[4]











buah
setelah dipetik
sambal bilis terung pipit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan