Jumaat, 8 Februari 2013

MUSANG PULUT (paradoxurus hermaphroditus)

musang pulut aktif waktu malam
Musang pulut atau Common Palm Civet mempunyai taburan yang meluas di Malaysia termasuk sekitar Desa putra. Musang pulut mempunyai bulu yang kasar serta panjang serta keseluruhan bulunya berwarna coklat. Dibahagian atasnya badannya mempunyai tiga jalur memenjang berwarna hitam atau perang gelap. Manakala bahagian sisi badan pula mempunyai titik-titik hitam yang memanjang seakan-akan jalur.Bahagian bawah badan musang pulut berwarna putih,coklat atau kuning. Pada kebiasaannya, kaki dan tangan musang pulut berwarna kelabu kehitaman.Pada bahagian muka musang pulut pula, terdapat satu tompok hitam atau kadangkala ada satu titik putih dibahagian bawah matanya. Musang pulut beranak dalam lubang-lubang tas pokok atau di bawah bartu-batu. Musang puliut boleh melahirkan sehingga empat ekor anak. 
Musang pulut banyak menghabiskan masa siang dengan tidur di atas pokok atau dalam lubang. Musang pulut aktif keluar mencari makanan pada waktu malam. Makanan utama musang pulut seperti buah-buahan, burung-burung, tikus dan kadang kala ayam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan