Rabu, 6 April 2016

BURUNG PUNAI DADA MERAH

Burung Punai Kericau atau punai dada merah (pink neck pigeon)adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Treron vernans griseicapilla
Burung Punai dada merah atau kericau ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas :burung. Burung Punai Kericau atau punai dada merah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Punai Kericau tidak bergigi.
Burung Punai Kericau kebanyakannya mempunyai bulu hijau dan paling biasa dikalangan burung bewarna hijau. ia jarang turun ketanah dan sering kelihatan di dahan di mana ia sukar dilihat kerana bulu hijaunya tenggelam dalam kehijauan daun. Ini menjadian ia sukar dilihat.
Burung jantan bewarna-warni terang, dan menarik dengan warna merah jambu pada lehernya dan dada jingga, burung betina kebanyakannya hijau dan mudah bertukar dengan burung betina spesies lain.

BURUNG PUNAI DAUN


ada jalur kekuningan di hujung sayap














Burung Punai Daun merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia.
Burung Punai Daun ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Punai Daun mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Punai Daun terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Punai daun lebih kecil berbanding punai dada merah walaupun kelihatan hampir samA. banyak burung punai daun kelihatan di atas pokok belakang SK Desa Putra pada waktu pagi.

Selasa, 5 April 2016

BURUNG PUNAI TANAH

Burung Punai Tanah (bahasa InggerisEmerald Dove) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Chalcophaps indica.
Burung Punai Tanah adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidupalam haiwanbertulang belakang (vertebrata), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Burung Punai Tanah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Punai Tanah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Sebagai burung, Burung Punai Tanah membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Burung punai tanah pernah kelihatan di luar pagar sekolah terutama di belakang kuaters guru.

Selasa, 16 Februari 2016

TERUNG PIPIT

pokok terung pipit
Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul atau terung cheweng adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN.Nama botani terung ini adalah Solanum torvum.
Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. [1] Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.
bunga terung pipit
Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.[2][3] Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut ("gastrointestinal" berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs)[4]











buah
setelah dipetik
sambal bilis terung pipit

Selasa, 2 Februari 2016

POKOK JANDA BAIK

janda baik merah
Pokok Janda kaya atau nama saintifiknya Mussaenda erythrophyllamerupakan sejenis pokok renek yang mempunyai sudur yang merimbun dan lebat. Ia merupakan sejenis pokok yang sering dijadikan sebagaitanaman hiasan di kawasan bangunan pejabat atau sebagai pokok hiasan di kawasan taman.

Kebiasaannya pokok janda kaya ini mempunyai 2 jenis varieti iaitu bunga yang berwarna  merah dan putih. Spesis yang dikatakan berasal dari Filipina dan Ghana ini boleh dibiak melalui keratan batangdan tut. Pokok  ini sesuai ditanam kawasan yan menerima cahaya matahari penuh dan bersaliran baik.

janda baik putih

janda baik memang cantik

Isnin, 1 Februari 2016

POKOK PUTAT

pucuk putat yang dijadikan ulam
Pokok Putat merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Barringtonia spp. Terdapat sekitar 40 spesies Barringtonia.
Ia juga dikenali dengan nama berikut apalang, putat, putat aying, butut darat, penggung, putat sungai, putat ayam, putat ayer, kye-bin, kyi, som-pawng, chik ban, chik suan, dan putat kampong
Pokok Putat merupakan pokok yang agak kecil dengan ketinggian sekitar 15 meter. Batangnya sekitar 8 sm merentas dan dahan sekitar 1 to 1.5 sm merentas. Daunnya licin tidak berbulu dan antara 30 hingga 50 sm panjang dan 8 hingga 20 sm lebar. Ia bujur dan amat berkilat. Ia memiliki bentuk meruncing kebelakang dan pada dasarnya berbentuk baji. Tangkai bunga biasanya pada julai dahan, sekitar 30 hingga 80 sm panjang dan terjuntai. Boleh terdapat sehingga 120 bunga. Buahnya bersegi lapan dan sekitar 6-8 sm panjang dan 3-5 sm lebar. Biji benih di dalam tempurung dalam buah sekitar 3 sm kali 1.5-2 sm lebar. Ia agak leper pada satu arah.
bunga putat yang belum kembang
Dalam masyarakat Melayu, pucuk putat dan buah muda putat dijadikan ulam dimakan bersama nasi.




Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.

bunga putat yang kembang

buah putat yang bergantung diatas pokok


buah yang boleh dibuat ulam