Khamis, 7 Februari 2013

BABI HUTAN (sus scrofa)



Babi hutan merupakan keluarga Suidae. Dalam bahasa Inggeris ialah wild pig atau sus scrofa. Babi hutan mempunyai kaki yang runcing dan mempunyai gigi kacip pada rahang tulang atas. Selain gigi kacip, babi hutan juga mempunyai taring lekuk ke arah atas. Kepala babi hutan berbentuk bujur telur dan kedua-dua lubang hidung terletak dimuncung yang bulat dan pipih. Bulu babi hutan kasar dan berwarna hitam bagi yang dewasa. Manakala anak-anak babi hutan berjalur gelap. Seekor ibu babi boleh melahirkan anak antara 1 hingga 16 ekor anak untuk sekali kelahiran. Babi hutan merupakan perosak utama kepada tanaman namun begitu babi hutan merupakan haiwan di bawah akta perlindungan. Penggunaan jerat untuk menjerat babi hutan menyalahi undang-undang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan