Ahad, 17 Januari 2016

BURUNG TIONG BATU

 Burung Tiong Batu ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum :bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Tiong Batu adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Tiong Batu tidak bergigi.
Burung Tiong Batu adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Eurystomus orientalis.[1] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu[2]
Burung ini merupakan pemakan serangga dan gemar kumbang dan sering menangkap mangsanya semasa terbang. Burung muda memiliki paruh lebih gelap yang bertukar merah-bata ketika matang.
Ia sering dilihat sebagai burung tunggal dengan bayangan tersendiri pada cabang pokok tinggi di mana ia memburu serangga, dan kembali bertenggek ketempat yang sama selepas beberapa saat.
Ia makan serangga besar seperti belalang, belalang juta, mentadakrama-ramariang-riang, mengkarung, anai-anai, dan sejumlah besar kumbang, termasuk kumbang busuk ("pentatomid stinkbugs").
Burung Tiong Batu membiak dengan bertelur. Telur Burung Tiong Batu bercengkerang keras. Burung Tiong Batu bersarang dalam lubang semulajadi antara 10 hingga 15 meter tinggi dari aras tanah, sering kali menggunakan lubang sarang belatuk lama. Ia turut bersarang dalam lopong di puncak pokok palma/kelapa yang mati (Cheah 2006). Burung Tiong Batu mengamalkan teknik menarik dan terbang bergaya, terbang menegak keudara sebelum menjunam tajam ke bawah, berteriak dengan kuat dan berayun ke kiri dan kanan ketika ia terbang berkeliling dan menjunam selama beberapa minit setiap kali



Tiada ulasan:

Catat Ulasan